Jurang antara tahap pencapaian pelajar merujuk kepada kesulitan menguasai 4M, mencapai standard minimum dan pelajar berisiko tinggi untuk cicir daripada sistem pendidikan.Perbezaan sekolah luar bandar dan bandar sememangnya amat ketara terhadap pencapaian keputusan peperiksaan atau ujian. Kemudahan prasarana adalah asas bagi memperolehi keputusan peperiksaan yang baik .
Pihak kementerian perlu mengutamakan faktor seperti sekolah yang masih kekurangan bilik operasi seperti Pusat Sumber, Bilik Guru , Bilik Pentabiran dan sebagainya. Begitu juga dengan kurikulum pelajar harus diutamakan seperti padang untuk aktiviti kurikulum dan sukan. Pembangunan fizikal sekolah luar badar perlu dilakukan terlebih dahulu .
Sekolah luar bandar mampu menandingi pencapaian sekolah bandar, sekiranya faktor asas ini diberi keutamaan perubahan. Contohnya belajar dalam kelas yang dibina menggunakan kayu/papan, ada perbezaan dengan belajar dikelas yang dibina meggunakan simen/konkrit khususnya dari aspek semangat atau motivasi .
Sekolah yang ceria kondusif dan kukuh dapat menghasilkan suasana pembelajaran yang bermutu. Sistem persekolahan yang terbaik haruslah meningkatkan pencapaian pelajar dalam memastikan setiap pelajar mendapat pencapaian yang tinggi tanpa mengira latar belakangan menyediakan bantuan yang sistematik serta sokongan kepada kanak-kanak yang ketinggalan. Serta menetapkan akauntabiliti kepada sekolah dalam melaksanakan perubahan ke atas pencapaian pelajar .
Memberikan autonomi kepada sekolah seperti pengurusan personel sebagai ganjaran kepada penigkatan pencapaian pelajar yang signifikan.Selain itu meningkatkan daya tarikan keguruan dan menghasilkan guru terbaik. Menjadikan profesion keguruan lebih menarik supaya dapat merekrut individu berkebolehan, meingkatkan kualiti latihan amali ,serta mampu meningkat prestasi pengurusan dan pembangunan profesional secara berterusan.
Faktor-faktor kekurangan guru dalam pembelajaran akademik ,kekurangan guru lelaki berkelayakan mengikut opsyen yang boleh ditempatkan di kawasan pendalamn dan pulau menimbulkan masalah pengendalian kokurikulum dan mendapat guru ganti, dan bilangan guru sandaran tidak terlatih masih ramai diluar bandar .
Ketiga-tiga faktor ini menunjukkan faktor kekurangan dalam jurang pendidikan akademik . Perkembangan pendidikan di Malaysia ternyata mengalami banyak perubahan , perkembangan masyarakat seiring dengan perkembagan
dasar-dasar negara yang sentiasa ditambahbaik bagi memastikan keperluan rakyat terbela.
Perubahan dalam sektor pendidikan menjadikan intipati penting dalam pengukuhan perpaduan negara ke arah yang lebih baik kerana pendidikan menjadikan peneraju pembentukan masyarakat. Jurang pendidikan terutamanya antara bandar dan luar badar merupakan tinggalan sejarah pembangunan pendidikan yag tidak setara antara lokasi. Fenomena ini amat merugikan pelajar berkaitan serta bole menjejaskan perpaduan ,pembangunaan tenaga manusia, keharmoian dan kemajuan negara. Oleh itu ,KPM sentiasa memberi penekanan bagi merapatkan jurang tersebut dengan melaksanakan pelbagai usaha secara seretak dan berterusan.
No comments:
Post a Comment